“Kacang lupakan kulit!” – Fathia Kecam Golongan Yang Tak Hargai Jasa Perjuangan Tun M

Posted on
Rocket WOBDapatkan khabar yang paling viral setiap hari:

Semua orang mungkin sudah sedia maklum bahawa pelakon cantik, Fathia Latiff ini merupakan penyokong tegar Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Fathia memang tidak pernah putus menyatakan hal ini kepada orang ramai melalui akaun media sosialnya.

Sebelum ini, menerusi akaun Twitter, Fathia pernah memberitahu bahawa dia pernah menemu bual Tun M. Malah, dia juga telah menyuarakan keinginan untuk menemu bual perdana menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohammad Najib pula.

Baru-baru ini, Fathia Latiff telah memuat naik video Tun M di akaun Instagram miliknya beserta caption yang panjang lebar memberi kecaman kepada golongan yang tidak menghargai jasa Tun M.

Sumber: Instagram

Menurut laporan Sinar Harian, Fathia menyifatkan mana-mana pihak yang melupakan jasa Tun M adalah ibarat kacang lupakan kulit.

Dia menulis, mengatakan orang akan menyanjung bila kita berada di atas tetapi apabila sudah tua atau jatuh, orang mula melabelkan sebagai tidak relevan, nyanyuk, gila dan tidak berakal.

Bila kita diatas, orang sanjung kita macam nak rak. Itu perkara biasa. Tapi, bila kita sudah tua, atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka kata, kata kita ni nyanyok, kata kita gila, tiada intelek, itulah dinamakan kacang lupakan kulit!”

Selain itu, dia turut mengatakan kekecewaan kerana segala jasa yang telah dilakukan oleh Tun M selama ini kepada Malaysia telah dilupakan begitu sahaja sehingga sanggup mengeluarkan Tun M daripada sejarah negara seakan-akan tidak memikirkan perasaan bekas perdana menteri Malaysia ke-4 itu.

Sumber: Twitter

Bukan itu sahaja, aktres berusia 30 tahun itu turut menasihati orang ramai supaya tidak mempertikaikan betapa hebatnya Tun M dan sentiasa mengingati serta bersyukur kerana adanya beliau yang pernah mengangkat nama negara pada suatu ketika dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *