Solat Berjemaah Sebelum Balik Sekolah Benda Bodoh Dan Menyusahkan- Zaid Ibrahim

Posted on

Usaha Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan mewajibkan pelajar sekolah seluruh kawasan berkenaan solat berjemaah sebelum pulang ke sekolah disifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai menyusahkan pelajar.

Katanya, alasan arahan itu dikeluarkan untuk membina karakter warga sekolah dengan mendirikan solat adalah mengarut.

“Ini adalah satu dari banyak lagi perkara bodoh yang pendidik kita sebarkan kepada pelajar kita, satu lagi sekolah sia-sia. Nak bina karakter? Ajar mereka makna kejujuran, integriti dan kerja keras.

“Ajar mereka bersikap tegas dan pengorbanan, dan tunjukkan mereka contoh tokoh masyarkat (jika ada) yang menunjukkan karakter yang kuat. Mudah sahaja.

“Amalan keagamaan ini semua menyusahkan pelajar, yang sudahpun terbeban dengan banyak lagi amalan-amalan lain sedia ada,” ujar ahli DAP itu menerusi blognya, semalam.

Kenyataan Zaid adalah respon kepada arahan Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd Razali Mustafar yang mewajibkan pelajar mendirikan solat fardhu secara berjemaah selepas tamat persekolahan.

“Demi kecemerlangan murid-murid, kita meletakkan 5 fokus utama iaitu pembinaan karektor, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, pemimpin pertengahan (guru) dan bijak sifir.

“Untuk itu, setiap sekolah menganjurkan solat berjemaah di kawasan sekolah dan untuk itu (solat) jangan sempitkan pemikiran untuk membina surau baharu atau besarkan.

“Asalkan tepat kiblat, solat berkenaan boleh diadakan di dewan atau tempat bersesuaian,” kata Mohd Razali.

Zaid turut mendakwa arahan mewajibkan sebagai amalan sempit yang tidak membantu masyarakat Melayu untuk lebih pintar belajar, memahami tanggungjawab peribadi atau mengajar masyarakat berdisiplin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *