Solat Berjemaah Sebelum Balik Sekolah Benda Bodoh Dan Menyusahkan- Zaid Ibrahim

Posted on

“Peningkatan ritual keagamaan di sekolah adalah satu lagi tanda bahawa pemimpin UMNO, pendidik dan pegawai telah kehilangan hilang intelek. Ia menunjukkan dengan jelas bahawa mereka tidak lagi minat atau keupayaan lain untuk disampaikan kepada pelajar. Mereka sendiri mungkin mempunyai karakter yang lemah,” ujarnya.

Mengulas isu sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa dipetik Sinar Harian berkata, solat berjemaah langsung tidak mengganggu aktiviti harian pelajar ekoran waktu diluangkan hanyalah antara tujuh hingga 10 minit sahaja.

Ianya juga kata Mohd Khairil, membantuk dalam membentuk semangat kebangsaan dalam kalangan pelajar berbilang bangsa memahami dan menghormati agama lain.

“Melalui cara ini, dapat beri pendedahan kepada pelajar yang bukan Islam mengenai kewajiban bagi umat Islam menjaga solat lima waktu.

“Kebanyakannya mungkin sudah tahu. Tapi langkah sedemikian dapat membiasakan lagi mereka (bukan Islam) dengan perkara itu. Lagipun di mana lagi tempatnya untuk bentuk pelajar, kalau bukan di sekolah,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, dengan mengarahkan pelajar solat berjemaah, pihak sekolah dapat memastikan pelajar-pelajar melaksanakan perkara wajib yang merupakan tiang agama.

“Lebih selamat bila suruh pelajar tunaikan solat terlebih dulu sebelum balik. Dengan berbuat demikian, tanggungjawab sekolah dalam bab itu sudah selesai. Sekali gus menunjukkan sekolah cukup ambil berat soal ibadat pelajar memandangkan solat adalah tiang agama,” katanya.

Sumber : Malaysian Digest

Source: kepohkuat