‘Takkan Nak Mansuh Pingat Emas Sebab Nak Jaga Hati Peserta Kalah?’ – Guru

Posted on
Isu & Kontroversi

Gambar hiasan

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah diumumkan hari ini di seluruh negara. Penat lelah dan usaha anak-anak akan terbukti dengan berapa jumlah ‘A’ yang dapat diraih. Ada yang akan bersorak gembira dan ada juga yang akan berdukacita. Keputusan yang kurang baik tidak bermakna mereka tidak berusaha, mungkin rezeki tidak berpihak kepada mereka kali ini.

Luahan seorang guru mengenai anugerah cemerlang bagi mereka yang berjaya patut membuka mata ibu bapa dan masyarakat secara amnya. Mungkin dilihat kecil, namun impaknya cukup matang kepada perkembangan emosi calon kurang cemerlang.

Gambar hiasan

UPSR dan Anugerah Cemerlang.

Isu yang hangat diperkatakan sehari dua ini memandangkan keputusan UPSR bakal diumumkan esok hari. Malah, menteri juga memberi respon tentang hal ini.

Aku pun mahu memberi pandangan peribadi aku berkenaan dengan isu UPSR dan Anugerah Cemerlang. Apa yang kau bakal baca adalah pandangan yang bersifat peribadi.

Pada aku, mereka yang cemerlang kita kena raikan. Kena bagi anugerah, kena bagi mereka naik pentas untuk terima penghargaan.

Itu titik usaha mereka. Itu pahit jerih mereka. Itu pengorbanan mereka. Dan bila mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?

Murid ini, usaha mereka berganda-ganda. Saat kawan-kawan mereka tidur, mereka bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.

Murid lain diwaktu hujung minggu berseronok di taman mainan, bersuka ria seolah tiada apa yang bakal berlaku sedangkan mereka ini menahan diri. Bukan mereka tak minat main, tapi demi sebuah kejayaan, pasti satu pengorbanan perlu dilakukan. Mereka belajar, mereka minta tunjuk ajar, mereka usaha bersungguh-sungguh.

Sampai ketika keputusan diumumkan, pengorbanan, pahit getir dan usaha mereka dinafikan pula? Hanya kerana nak jaga hati murid yang tidak banyak berusaha bak mereka?

Hendak jaga hati murid yang malas sehingga tidak beri anugerah pada yang cemerlang. Apa betul tindakan kita? 
( Aku tahu ayat ni pasti ramai tidak setuju dan tidak puas hati. Kau tenang dulu, baca satu persatu apa aku nak kata.)

Ya, aku tahu bukan semua murid yang yang gagal itu pemalas. Ada yang usahanya gigih, namun rezekinya setakat itu.

Dari dulu mereka yang cemerlang kita bagi anugerah secara terbuka. Aku ini bukan murid yang genius. Jarang sekali dapat naik pentas terima anugerah.

Namun setiap kali melihat rakan naik pentas terima anugerah, ia menjadi pendorong untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.

Dari kecil aku tanam niat dan ibu bapa selalu kata,

” Belajar sungguh-sungguh. Kalau cemerlang dapat naik pentas terima hadiah.”

Itu pendorong dan pembakar semangat. Jangan sampai suatu saat nanti murid berkata pada diri sendiri,

” Buat apa belajar tekun-tekun. Buat apa bersekang mata belajar tengah malam. Buat apa korban waktu hujung minggu untuk belajar. Kalau dapat straight A bukan dapat apa pun.”

Gambar hiasan

Kau nampak tak apa yang aku nampak? Kau nampak tak apa kerisauan aku?

Murid tahun 6, tak kira yang gagal atau cemerlang memang pihak sekolah raikan saban tahun. Setiap tahun sebelum UPSR umum lagi hampir semua sekolah buat jamuan untuk semua murid tahun 6.

Bagi semua murid gembira. Bagi mereka makan matang. Bagi mereka buat persembahan dan berseronok. Itu semua atas kegigihan mereka belajar selama ini.

Kami raikan semua pelajar. Bukan yang cemerlang sahaja. Bukan murid kelas depan sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *