‘Takkan Nak Mansuh Pingat Emas Sebab Nak Jaga Hati Peserta Kalah?’ – Guru

Posted on

Tapi bila keputusan sebenar keluar, pastinya yang cemerlang perlu diraikan sekali lagi. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik dan kawan-kawan yang lain.

Yang gagal, pastinya akan bersedih. Itu normal. Itu tanggungjawab ibu bapa di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.

Di sekolah, pihak guru tak pernah abaikan murid yang kecewa ini. Guru kelas, guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan semangat mereka.

Kekecewaan mereka jika kita pandai manipulasi akan jadi satu kekecewaan yang memberi pulangan tinggi di saat akan datang.

Kesedihan mereka ini bukannya berkekalan sampai mati. Tidak!

Namun semangat yang mereka perolehi akibat kegagalan ini yang berterusan. Ini yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikannya.

Gambar hiasan

Berapa ramai murid yang gagal sewaktu UPSR, menjadikan kegagalan ini sebagai sumber pendorong hingga menjadi murid yang cemerlang di peringkat lebih tinggi. Gagal UPSR, tapi cemerlang dalam PT3, SPM, STPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD.

Ramai murid gagal menjadikan tangisan sewaktu rakan lain melangkah naik pentas terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat baru untuk mereka lebih tekun dan berusaha di saat akan datang. Tangisan semalam menjadi punca senyuman akan datang.

Apa itu tidak bagus?

Jika hanya kita sekat anugerah cemerlang di peringkat sekolah rendah, ini satu tindakan tidak kena. Sedangkan di peringkat lebih tinggi, semua yang cemerlang kita hargai dan raikan. Bukan hanya berkaitan dengan peperiksaan sahaja.

Pertandingan sukan pun begitu. Takkan kita nak mansuhkan pingat emas lumba lari (contohnya) hanya kerana nak jaga hati peserta yang kalah?

Piala Dunia tak perlu bagi piala bagi pemenanglah. Pemain badminton yang menang Piala Thomas tak perlu bagi medal emas. Pekerja cemerlang tak perlu bagi anugerah cemerlang.

Takkan nak buat begitu pada semua peringkat? Hanya kerana nak menjaga hati mereka yang tidak berjaya.

Kecemerlangan itu bukan mudah untuk dicapai. Tak kira dalam apa jua bidang sekali pun.

Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan pada yang cemerlang, malah menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.

Pada aku, meraikan mereka yang cemerlang adalah relevan sepanjang saat.

Kehidupan bila mereka berdikari nanti adalah kejam. saat itu, tiada siapa akan jaga hati mereka melainkan diri mereka sendiri.

Begitulah.

Dan sekali lagi diingatkan, ini adalah pendapat peribadi aku. Kau bebas nak setuju atau nak bangkang.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

The following two tabs change content below.

‘;
}

}

// insert source to div
var div1 = document.getElementById(“cx-mostreadtdy”);
div1.innerHTML = div1.innerHTML + trendsrc;

var div2 = document.getElementById(“cx-rec4u”);
div2.innerHTML = div2.innerHTML + rec4usrc;
}

var cX = cX || {}; cX.callQueue = cX.callQueue || [];
cX.callQueue.push([‘insertWidget’, {
widgetId: ‘8e3f25c353d0257cf2fe4306c451a4efa7d98abf’,
renderFunction: loadCxRecommendations
}]);

Source: ohbulan