Amyra Rosli, Amar Baharin Dedah Nama Anak.. Sedap Namanya.

Posted on

Akhirnya setelah sekian lama menanti dan berteka-teki tentang baby AA, anak kepada pelakon Amyra Rosli dan pasanganya Amar Baharin terjawab!

macam yang pernah diberitahu sebelum ini ramai peminat Amyra Rosli meminta dirinya untuk berkongsi wajah dan nama anak kerana sehingga kini Amyra hanya muat naik gambar-gambar teasear anaknya.

Jika sebelum ini Amyra pernah meminta pengikutnya teka apakah nama anaknya melalui Instagram sambil memberi klu huruf hadapan “AA”, kali ini buat pertama kali, Amyra telah berkongsi nama anaknya di ruangan Insta Stories.

Malah nama akaun @amyramarjr turut ditukar kepada nama betul anak mereka iaitu Aqeef Anaqi!

Bukan itu sahaja, malah display picture untuk akaun tersebut juga telah ditukar kepada wajah yang lebih jelas kelihatan.

Melalui pemandangan kami melalui gambar tersebut, nampaknya Aqeef banyak iras dan mengikut muka bapanya.

Awwww so cute!

macam biasa, teruja dengan perkongsian kedua pasangan ini, ruangan komen Aqeef yang kini mempunyai 108K pengikut dihujani dengan ucapan-ucapan positif

Kepoh Kuat duka sangat dengan nama tu.. Semoga membesar jadi anak yang soleh yer sayang Aqeef..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *