‘Laki Kau Pakai Boxer Koyak Pun Sweet’ – Hidup Pasangan Ini Berubah Selepas Ada Anak Namun…

Posted on
Kini Trending

Bidalan Melayu ada menyebut ‘sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula hubungan suami isteri’, itulah perumpaan kehidupan yang perlu dilalui oleh pasangan berkahwin. Sudah menjadi perkara normal jika berlaku perselisihan antara suami isteri, tetapi masing-masing perlulah bersikap matang dan mengalah.

Baru-baru ini viral di media sosial, pasangan pengantin baru Fattah Amin dan Fazura saling merindui meskipun ke bilik air. Memang ramai yang memberi respon termasuklah Puan Nur Shazmira Khalid , awal-awal kahwin memang manis namun ini yang dijalaninya selepas itu.

 

 

BILA ISU ‘PERGI BILIK AIR DAH RINDU’

Adik cuma nak cerita, adik nikah saat umur 22 tahun. Umur 23 dah dapat baby. Sekarang dah 27 tahun. Jadi, umur pernikahan kami dah menjangkau 5 tahun. Mungkin kami berdua kecik dan nampak sedikit muda, hakikatnya otak harus tua (untuk menempuh alam rumah tangga).

Fasa di awal perkahwinan semuanya manis. Kentut pon wangi beb! Laki kau pakai boxer koyak pon tetap nampak sweet. Rambut patern macam mana pon kau tak kesah. Setiap saat kau akan tilik laki kau. Siap boleh tolong lilitkan tuala mandi kat pinggang. Mandi kau sabun dia, dia sabun kau. Kau shampoo rambut dia, dia shampoo rambut kau. Kau pakaikan baju dan seluar, potongkan kuku tangan dan kaki, sikatkan rambut, sarungkan stoking, sarungkan kasut, ikatkan tali kasut, startkan enjin kereta/motosikal. Oh! Bahagianya pengantin baru.

 

 

Tapi hidup kau akan berubah 180 darjah bila kau start mengandung. saat tu kalau kau ada ‘morning sickness’ kau akan berubah dari segi mental dan fizikal. Kau tak boleh tengok muka dia lah. Kau tak boleh bau badan dia, kau tak boleh tengok patern rambut dia yang tak sedap mata kau. Dia nak makan tom yam tapi kau tak boleh bau langsung tom yam. Sampai bergaduh dalam kereta isu tom yam  (saat pregnant kat ikhwan dulu). Hahaha, sabor je lah.

Hidup kau terus berubah 360 darjah bila kau dah jadi ibu dan dia dah jadi ayah. Kau dah tak ada saat nak belek kuku dia, sikat rambut dia, lilitkan tuala kat pinggang dia, sabun badan dia, shampoo rambut dia. saat ni, kau lebih pentingkan diri kau dan anak yang baru lahir. Dia? Dia kena berdikari sendiri. saat ni lah suami akan diuji dengan pelbagai ujian dari Allah. saat ni jugalah akan ada kehadiran (si penumpang kasih yang tak diundang). Lagi-lagi kalau kau berpantang di kampung halaman, suami kau di bandar bekerja dan tinggal keseorangan. Jadi kau yang dalam pantang kena sentiasa berdoa supaya suami kau dilindungi dari wanita yang berniat jahat terhadap hubungan kau. Nauzubillah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *