‘Laki Kau Pakai Boxer Koyak Pun Sweet’ – Hidup Pasangan Ini Berubah Selepas Ada Anak Namun…

Posted on

 

Hidup diteruskan dengan kunci suami. Bila anak dah dewasa sikit saat ni lah kau kena rapatkan sehabis baik hubungan suami dengan kau dan anak kau. Kau masaklah apa pon walaupon tak sedap suami tetap suka makan sebab tu air tangan kau. Makan dengan suami dan anak di rumah lebih membahagiakan dan meriah kan? Perlu diingat teknik kunci suami bukan sekadar telan jamu berbotol-botol. Kau wajib teruskan aktiviti pengantin baru dulu. Mandi bersama, lilitkan kembali tuala di pinggang dia, kau sabun dia, dia sabun anak, anak sabun kau. Tak ke bahagia macam tu? Meriahnye bilik air. Tidur masih berbantalkan dada dia walaupon perut dia dah sedikit meninggi mengalahkan kau, eh! Tak apa kerana itu tandanya dia lebih bahagia.

5 tahun pertama adalah fasa penuh ujian kiri dan kanan. Tapi perlu diingat saat nilah kau dan suami kena perbaiki hubungan dengan Yang Maha Pencipta. Didik suami jadi imam terbaik kau dan suruh dia bawak anak kau (anak lelaki) pergi berjemaah di masjid. Supaya anak kita cintakan rumah Allah tu. 5 tahun ni kalau boleh suami isteri yang jarang baca Al-Quran dah perlu paksa diri membaca kitab suci peniggalan Nabi Muhammad S.A.W paling sikit Al-Mulk sebelum tidur. Kemudian diteruskan dengan Al-Waqiah selepas magrib dan Al-Mulk selepas isyak. Up grade lagi, Yassin selepas Subuh. In Syaa Allah hidup akan tenang dan Allah akan merahmati rumah tangga yang dibina. saat ni sikap redha akan tiba terhadap apa jua yang terjadi walaupon dari pelbagai masalah (kewangan, jatuh bangun dalam business, tempat kerja, kawan-kawan).

 

 

Bagi yang berjauhan? Amalkan setiap kali berjumpa. In Syaa Allah hidup isteri yang berjauhan dengan suami (yang merantau mencari rezeki) akan redha walaupon sentiasa bertemankan air mata rindu. Berdoalah sentiasa “Ya Allah jika kami berjauhan begini akan lebih mendekatkan ketaatan kami pada-MU, kau berkatilah ia dan lindungilah kami di bawah perlindungan-Mu dan rahmat-Mu.”

Jadi, bila jenguk bilik air pon dah kosong dan tak semeriah dulu. Sebagai isteri kau kena dekatkan hati supaya lebih mencintai Allah dan Rasulnya. Percaya bahawa cinta kau dan dia akan dipelihara sentiasa oleh Allah S.W.T.
Bila kau rindukan dia (suami) sedekahkan Al-Fatihah supaya Allah kirimkan rindu kau ke dalam hatinya.

-Khas buat isteri yang PJJ dengan suami-

Nurkilan ikhlas:

Miera Khalid
(Cik Puan Misi)

sumber : Nur Shazmira Khalid 

The following two tabs change content below.

‘;
}

}

// insert source to div
var div1 = document.getElementById(“cx-mostreadtdy”);
div1.innerHTML = div1.innerHTML + trendsrc;

var div2 = document.getElementById(“cx-rec4u”);
div2.innerHTML = div2.innerHTML + rec4usrc;
}

var cX = cX || {}; cX.callQueue = cX.callQueue || [];
cX.callQueue.push([‘insertWidget’, {
widgetId: ‘8e3f25c353d0257cf2fe4306c451a4efa7d98abf’,
renderFunction: loadCxRecommendations
}]);

Source: ohbulan