‘Stop Tengok Drama Mengarut’ – Netizen Minta Kisah Viral Pelajar Cina Tenung Meja Jadi Filem, Ini Respon Zahiril Adzim

Posted on
Kini Trending

Baru-baru ini, viral kisah pelajar Cina tenung meja yang digelar murid tiada kepala oleh guru lain. Thread yang dikongsi guru praktikal bernama Orked itu menyentuh hati ramai netizen. Setakat ihampir 65 ribu retweet di Twitter.

Artikel berkaitan: Sering Tenung Meja, Digelar Murid Tiada Kepala Oleh Guru Lain- Akhirnya Guru Ini Dapat Tahu Sebenarnya.. Respect!

Malah, ada merasakan pengalaman dikongsikan guru itu sewajarnya dijadikan filem inspirasi kepada masyarakat. Di Twitter, seorang pengguna meminta pelakon Zahiril Adzim sampaikan mesej kepada sahabatnya, Beto Kusyairi untuk merealisasikan kisah ini ke layar perak.

Selepas kisah itu viral, salah seorang pengguna yang membaca kisah tersebut meminta ia dijadikan filem inspirasi. Nampaknya tweet itu sampai ke perhatian Zahiril.

Malah ada juga yang meluahkan rasa bosan dengan industri perfileman Malaysia yang sering menayangkan kisah-kisah bergenre sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *