‘Kalau Berterusan Macam Ini, Jahanam’ – Nabila Huda Persoal Kualiti Pelakon-Pelakon Baru?

Posted on
Isu & Kontroversi

Twitter menjadi antara platform bagi kebanyakan artis Malaysia bersuara kegusaran mereka. Jika sebelum ini, pelakon Beto Kusyairi dan Zahiril Adzim pernah meluahkan kekecewaan mereka dengan industri perfileman negara, baru-baru ini seorang lagi perlakon tempatan memberikan keluhan yang sama.

Artikel berkaitan: “Tak Sudah-Sudah Kahwin Paksa & Kisah Cinta Berlainan Taraf…”

Nabila Huda atau lebih dikenali ramai sebagai Abil semalam ada memuat naik status mempersoalkan tentang pelakon-pelakon baru industri. Menerusi Twitter, Abil bertanya pandangan orang ramai patutkah pelakon extra/baru diberi watak berat dan utama untuk slot penting di stesen TV?

Bagi Abil sendiri, dia merasakan pelakon-pelakon baru industri sewajarnya membawa watak sampingan terlebih dahulu bagi menimba ilmu dan pengalaman secukupnya sebelum boleh memegang watak utama.

Pelakon ‘Munafik’ itu terus menyoal industri perfileman negara adakah pemilihan watak kini semata-mata berdasarkan wajah ‘fresh look’, bayaran murah, kulit putih melepak dan pengikut ramai di Instagram dan tidak lagi melihat pada bakat dan kualiti lakonan?

Abil sempat berkongsi pernah melalui fasa yang sama suatu ketika dulu di mana dia sendiri melalui liku perjalanan yang panjang sebelum berada di tahap kini, akui banyak belajar dengan pelakon-pelakon dan pengarah senior.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *